Infaq Van Jenazah

Setiap kali berlaku kematian, penduduk kampung akan mula rasa terbeban dek kerana tiada cara lain lagi untuk membawa jenazah ke perkuburan melainkan menggunakan kenderaan sendiri. Bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan, terpaksa menyewa kenderaan lain.




Kebiasaannya penduduk kampung terpaksa menyewa lori atau van pickup, namun ia bukanlah penyelesaian yang baik kerana adakala pemilik lori atau van pickup juga sibuk dengan komitmen masing-masing. Sehinggakan jenazah terpaksa menunggu sehingga kenderaan tersebut sampai.



Terdapat juga permasalahan dimana penduduk kampung yang meninggal dunia di hospital sukar untuk dibawa pulang ke kampung untuk diuruskan. Terpaksa menggunakan apa sahaja kenderaan yang bersesuaian untuk membawa pulang jenazah.


Kami juga dimaklumkan bahawa di daerah Kota Belud terutamanya hanya mempunyai beberapa sahaja van jenazah, bilangan van jenazah yang sedikit terpaksa digunakan sebaiknya di daerah yang agak besar ini. Kadangkala terpaksa menunggu giliran sekiranya ingin menggunakannya.


Jadi kami merayu sumbangan semua pihak untuk membeli kenderaan van jenazah ini. Dan dengan pembelian Van Jenazah ini juga, akan diwakaf dan digunakan sebaiknya untuk lebih dari 5 buah kampung dan termasuklah kampung-kampung sekitar. Antara perkampungannya adalah Kg Suang Punggor, Kg Suang Kina, Kg Merajah dan kampung-kampung lain yang berdekatan. Moga van ini dapat memberi kemudahan buat penduduk kampung. Jom semua untuk berkongsi sedikit rezeki yang kita ada. InsyaAllah, dengan sumbangan anda semua mengalir pahala yang berterusan selagi mana van jenazah ini masih digunakan. Van ini juga boleh digunakan oleh perkampungan-perkampungan terdekat, supaya dapat memudahkan urusan ramai pihak

. Sumbangan boleh di buat melalui

Maybank :
5622 6356 6380 (   Pertubuhan Raudhah Rizq)
Reference : Van Jenazah



Jom tempah nama kita dalam senarai nama pewakaf untuk van jenazah ini
jangan lepaskan peluang !

Jumlah terkumpul akan diupdate setiap bulan !
RM130,000.00
RM94,469.54 Jumlah Terkumpul
DISCLAIMER
Facebook™ or FB is a Registered Trademark of Facebook.com.
The site of  infaqrizq.com  is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products.
All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owner.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Lot Infaq Van Jenazah
Sumbangan Ikhlas
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

adik beradik / mak ayah / kawan / saudara mara / jiran / kenalan

BUTIRAN SUMBANGAN