Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.   ”(Surah Al-Muzzammil: 20)

­­_________________________________________________________

BINA RUMAH ALLAH DI DUNIA,

ALLAH BINA RUMAH KITA DI SYURGA

“Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga”

[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]






Tapak Surau Sementara adalah Tapak Tanah Persendirian

Raudhah Rizq memulakan inisiatif ini kutipan Dana untuk membantu penduduk Kampung Suang Kina, Pedalaman Kota Belud, Sabah, dalam usaha mereka untuk membangunkan sebuah surau yang dapat menjadi sebuah tempat ibadah dan pusat komuniti untuk masyarakat setempat. 

(Gambar Surau sementara Penduduk Kampung)

Selama ini, Penduduk Kampung menggunakan surau sementara yang terletak di atas tanah persendirian, dan Kami juga di fahamkan bahawa Keluarga pemilik tanah telah menyatakan keinginan untuk mengambil kembali tanah tersebut.

Mengapa Kita Perlu Membantu?

✅ Surau ini akan menyediakan ruang yang selamat dan selesa bagi penduduk untuk melaksanakan solat dan aktiviti keagamaan.

✅ Surau ini akan menjadi pusat pendidikan agama dan tempat di mana anak-anak dan remaja boleh belajar tentang Islam.

✅ Dengan adanya surau yang lebih baik, komuniti akan lebih bersatu dan terjalin hubungan yang erat antara jiran tetangga.


Jika anda ingin terus menyumbang boleh klik button dibawah


Sedikit Latarbelakang Surau

Majoriti penduduk kampung adalah Muslim dan penduduk kampung inginkan sebuah surau untuk melaksanakan solat 5 waktu secara berjemaah, oleh kerana waktu itu tidak ada tanah wakaf untuk membangunkan surau maka ada seorang penduduk kampung membenarkan sebuah surau sementara dibina ( menggunakan duit hasil kutipan penduduk kampung ) atas tanah beliau. Setelah berpuluh tahun, Keluarga kepada tuan Tanah yang telah lama menjadi tempat surau sementara berdiri, pernah berhasrat untuk mengambil kembali tanah tersebut untuk kegunaan peribadi mereka. Dengan penuh rasa hormat dan kesetiaan kepada nilai-nilai agama, penduduk Kampung Suang Kina bersetuju untuk mencari tapak baru dan membina surau yang baru demi kebaikan bersama.

Dan Alhamdulillah berkat doa dan sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan selama ini, Raudhah Rizq telah menemukan seorang pewakaf dan pewakaf tersebut meminta pihak Raudhah Rizq menguruskan urusan wakaf atas nama beliau.

(Urusan akuan Sumpah Bersama Pewakaf Tanah)



(Tapak Tanah wakaf yang akan dibangunkan sebuah surau untuk penduduk kampung di sini)
Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan. Jadi, bila adanya surau khas ini nanti akan menarik dan menggalakkan Islam kearah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk serta membina akhlak yang baik.

Dana Sumbangan Pembinaan Surau Ar-Raudhah Kg Suang Kina, Kota Belud, Sabah


Lokasi tapak pembinaan merupakan Kawasan tanah yang telah diwakafkan oleh Hamba Allah. Tapak ini seluas dalam anggaran 22,000 kaki persegi dan berkedudukan strategik di tengah-tengah Kawasan kampung. Pada peringkat awal ini, proses pembinaan surau ini adalah dengan menimbun tanah di tapak Pembinaan. Anggaran sebanyak 1000 buah lori tanah akan digunakan untuk proses menambun tapak tanah ini. Kami mengharapkan pembinaan Surau Raudhah Kg Suang Kina ini dapat berjalan dengan lancar.

Oleh itu, kami amat berbesar hati jika tuan puan sudi Bersama-sama kamu dalam usaha untuk menjayakan pembinaan surau ini. Insya Allah, dengan sekecil RM100 daripada tuan dan puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT. Firman Allah SWT:

Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan)  masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari  akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut  melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah  diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapatkan petunjuk. (Surah  al-Taubah:18)

 (Gotong Royong Penduduk Kg di Surau sementara untuk Persediaan Menyambut Ibadah Ramadan)


UPDATE TERKINI 
Pembinaan Surau Ar-Raudhah Kg Suang Kina

 

Pada bulan Februari 2024, telah berlangsung perbincangan yang penting antara Pihak Raudhah Rizq, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kota Belud, dan Pengerusi Surau Kg Suang Kina mengenai tapak pembinaan surau. Perbincangan ini tidak hanya meliputi status tapak Pembangunan surau yang baru, tetapi juga membincangkan tentang sokongan penuh yang diberikan oleh pihak JHEAINS dalam pembangunan Surau Kg Suang Kina.

 

Keputusan ini merupakan langkah penting dalam mewujudkan impian kami untuk memiliki sebuah surau yang kondusif, diiktiraf oleh pihak berkuasa dan sesuai dengan keperluan jemaah di Kg Suang Kina. Sokongan dari pihak JHEAINS merupakan dorongan yang besar bagi kami untuk terus maju dalam Pembangunan Surau ini.




PENGUKURAN PENANDAAN SEMPADAN NT.03311088 DI KG SUANG PUNGGOR, DAERAH KOTA BELUD

Pihak Raudhah Rizq telah meminta Juukur untuk melaksanakan tugas penting dalam pembinaan Surau di Kg Suang Kina. Tugas yang diberikan adalah mengukur keluasan tanah dan mengeluarkan laporan ukuran untuk memastikan keluasan dan bentuk keadaan tanah yang akan menjadi tapak pembinaan masjid.                                                             

 

Proses ini dilaksanakan adalah untuk memastikan bahawa tapak yang dipilih adalah sesuai dalam pembangunan surau yang akan menjadi pusat kegiatan keagamaan dan kebudayaan bagi penduduk Kg Suang Kina.



Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung dengan kami melalui puan Nurul 019-5276522 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke Alamat: Kg Suang Kina, 89158 Kota Belud, Sabah.

 

Semoga pahala jariah sentisa mengalir kepada para penyumbang selagi mana surau yang bakal dibina ini digunakan untuk beribadat dan tujuan yang bermanfaat.

 

BAGAIMANA TUAN PUAN BOLEH MEMBANTU?

Mudah saja caranya;

1.      Pilih pakej sumbangan yang tuan puan mahu

2.      Klik pada pakej

3.      Anda akan dibawa terus ke ‘payment gateway’ untuk sumbangan secara online banking

Atau

Untuk sumbangan secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh bank in ke Akaun di bawah

MAYBANK

No. Akaun: 5622 6356 6380
Penama: PERTUBUHAN RAUDHAH RIZQ

Letakkan reference/rujukan "Surau"   untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.



Sabda Nabi SAW: "Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya". (Hadis riwayat Muslim).

TERIMA KASIH  

Jumlah terkumpul akan diperbaharui sebulan sekali
RM100,000.00
RM 26,149.37 Jumlah Terkumpul  
Jom Derma Sekarang !
Buat penderma dari Singapore
sila pastikan nilai mata wang yang tepat terlebih dahulu 
sebelum membuat Online Payment bagi mengelak sebarang lebihan pindahan tanpa diingini.  


Sebarang permasalahan boleh whatsapp kami, klik link  disini   



DISCLAIMER

Facebook™ or FB is a Registered Trademark of Facebook.com.   
The site of  infaqrizq.com  is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products.   
All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owner.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Lot Tanah Wakaf Bina Surau
Sumbangan Ikhlas
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN