
	
		"Pernah tak tuan/puan datang ke Sabah? Sebuah negeri yang indah dengan pemandangan dan kaya dengan hasil bumi. 
	
	Saya pernah ke Sabah, bermusafir dari Kota Kinabalu menghala ke Pitas. Alhamdulillah, segalanya lancar namun hati ni sebak dan sedih sepanjang permusafiran saya. 
	Mana tak sedihnya, perjalanan yang agak jauh tapi sepanjang jalan amat sukar saya menemui surau/masjid. Boleh dikira dengan jari, tak macam di Semenanjung yang mana setiap beberapa kilometer kedepan, akan jumpa signboard surau/masjid. Sangat jauh bezanya. Tepuk dada tanya diri, apa kita boleh buat untuk saudara seIslam kita di Sabah?"
	
		Kami dari Pertubuhan Raudhah Rizq sedang menjalankan usahasama bersama pihak Masjid Jamek Haji Osman dalam membaiki prasarana masjid yang telah usang. Moga dengan usaha ini lebih ramai penduduk di kampung mula lebih mendalami ajaran Islam dan mencintai masjid.
	
	
	
	
	
		"Dah la susah nak jumpa surau/masjid, jumpa pulak mungkin dalam keadaan yang serba kekurangan. Kita cuba elakkan perkara ini berlaku, sama-sama kita bantu saudara seIslam kita di Sabah."
	
		
			Hadits Riwayat Muslim :
		
	
	
		
			"Sesiapa yang membina Masjid kerana Allah, Allah akan membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya."
		
	
	
		
			Jom sama-sama bantu mencantikkan dan mengindahkan kembali masjid-masjid di pedalaman Sabah. Insya Allah bekalan ini yang akan kita bawa di akhirat kelak.
		
	


		
			Alhamdulillah.. sumbangan tuan dan puan telah
		
	
	
		
			membantu perjalanan kami sejauh ini...
				Alangkah ruginya kalau hanya separuh sahaja bangunan yang siap dibina dan yang lain tidak dapat diteruskan kerana kekurangan bajet . Kami masih perlukan saudara dan saudari yang dermawan untuk terus membantu demi membangunkan masjid yang terus aktif digunakan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai umat Islam.
		
	
		
			PERKEMBANGAN TERKINI PROSES PEMBINAAN
		
	
	
	
		
			PEMBINAAN FASA 1 BAIK PULIH BUMBUNG
		
	
	
		
			Kerana jasa baik para dermawan semua, pembinaan fasa 1 dapat dilakukan.
				Tanpa adanya sikap dermawan dari anda semua, penduduk kampung ini mungkin
				sekarang ini tidak dapat menunaikan solat terawih secara berjemaah
				kerana musim hujan yang sedang berlaku.
			
		
		
		
	
	
		
		PEMBINAAN FASA 2 BAIK PULIH DALAM MASJID
		
		
			
				Struktur dalaman masjid yang memang perlu dibaik pulih dengan segera telah diperbaiki.
				Tidak mungkin kita yang datang solat berjemaah di masjid yang serba lengkap dibandar akan membiarkan saudara islam kita sendiri datang menunaikan solat di masjid yang uzur ini.
			
		
	
		PEMBINAAN FASA 3 BINA RUANG SOLAT WANITA & TANDAS BAHARU
	
		Ruangan solat wanita yang agak sempit telah diperluaskan lagi agar lebih ramai wanita-wanita di Sabah dapat beribadah dengan baik dan lebih selesa. Begitu juga dengan tandas lelaki dan tandas perempuan, telah dibina baharu yang lebih bersih dan elok.
	
	
		
				GAMBAR : PROSES AWAL HINGGA AKHIR PEMBINAAN RUANG 
				SOLAT, TANDAS
				DAN 
				TEMPAT WUDUK WANITA
			
	
		GAMBAR : PROSES 
		AWAL HINGGA AKHIR 
		PEMBINAAN 
		
			TANDAS 
		
		DAN 
		
			TEMPAT WUDUK LELAKI
		
			
				Namun begitu, kami masih memerlukan sumbangan saudara saudari untuk meneruskan 
			
		
			
				baikpulih masjid bagi fasa yang terakhir (FASA 4)
			
		
	
		
			Sedih sehingga Menitiskan Air Mata Jantan Imam Kariah kampung bila ada jenazah yang perlu diuruskan di Masjid tetapi keadaan masjid juga tidak mempunyai Bilik khusus untuk menguruskan jenazah dan terpaksa menggunakan ruangan tandas wanita untuk mengurus dan memandikan Jenazah.
		
	
	
		
			PEMBINAAN PAGAR MASJID
		
	
	
	
		
			PEMBINAAN DEWAN MASJID
		 
			
		
	
	
		Alhamdulillah, semenjak masjid ini mula dipenuhi jemaah maka 
		
			
				datang seorang Hamba Allah yang sudi mewakafkan tanah beliau yang betul-betul berada di bersebelahan masjid 
			
		
		untuk dibina dewan serbaguna. 
		Dewan ini bertujuan untuk meneruskan lagi aktiviti masjid yang sedia ada serta menambah baik tarikan minat golongan remaja terhadap masjid dimana mereka akan disajikan dengan permainan-permainan kampung serta moden di dalam dewan ini nanti.
	
	
	
		Selain itu, aktiviti keagamaan juga akan diperluaskan selepas dewan ini siap dibina dimana akan diperbesarkan lagi ahli-ahli kariah dan penduduk sekitar mengenai pendidikan al-Quran di setiap peringkat umur. Oleh itu, bantulah kami bagi menyiapkan Projek yang terakhir ini di sini untuk komuniti di sini. Namun p
		embinaan dewan ini memerlukan dana 
		
			
				sebanyak RM300,000.00 
			
		
		bagi kegunaan kariah masjid dan komuniti sekitar. 
	
	
	(Gambar menunjukkan kawasan tanah wakaf yang telah berjaya di tambak hasil daripada sumbangan anda pada kempen lepas)
	
		
			Jadi jom semua untuk berkongsi sedikit rezeki yang anda ada. InsyaAllah, dengan sumbangan anda semua mengalir pahala yang berterusan selagi mana masjid ini masih digunakan untuk beribadah. 
			Kami juga akan berusaha untuk 
				membantu masjid-masjid lain di pedalaman Sabah
			
		
		Sumbangan boleh di buat melalui
		
	
	
		
	
		
		
			
		
			
				
					
						Maybank :
					
				
			
		
		
			5622 6356 6380 (
			 
		
		
			Pertubuhan Raudhah Rizq)
			Reference : Masjid
		
	
		Gembiranya bila kita tahu sumbangan kita dapat membantu baikpulih masjid-masjid di Sabah
	
	
		Kita selesaikan dahulu Masjid Haji Osman ini okay,
		setelah selesai kita teruskan dengan masjid lain yang juga uzur untuk
	
	
		dibantu dengan menggunakan hasil 
		sumbangan tuan/puan selama ini.
	
	
		
				Jom Derma Sekarang ! 
			
	
DISCLAIMER
			Facebook™ or FB is a Registered Trademark of Facebook.com.
		
		
			The site of 
			infaqrizq.com
			 is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products.
		
		
			All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owner.