Infaq Tajaan Iftar
Program Infaq Kotak Makanan Ramadan 2026

Ramadan telah menjelma bulan penuh rahmat, keampunan dan ganjaran berlipat kali ganda. Inilah saat terbaik untuk kita melipatgandakan amal dengan berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan.

Pertubuhan Raudhah Rizq membuka peluang kepada seluruh umat Islam untuk bersama-sama menjayakan Program Infaq Kotak Makanan Ramadan.

Infaq anda akan disalurkan dalam bentuk Kotak Makanan Asas kepada rumah kebajikan, golongan asnaf, pusat tahfiz dan masjid-masjid di pedalaman Sabah.

Sasaran kami adalah menyediakan 100 Kotak Makanan sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan lebih ramai keluarga dapat menikmati juadah berbuka dengan penuh kesyukuran.

Sabda Rasulullah ﷺ

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang tersebut.”
(Riwayat Tirmizi)

Sabda Baginda ﷺ lagi

“Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan.”
(Riwayat Tirmizi)

Bayangkan senyuman mereka saat menerima Kotak Makanan hasil sumbangan anda. Kecil bagi kita, besar maknanya buat mereka.

Ayuh rebut peluang pahala berganda Ramadan ini.

Jom #BuatBaik & Tajaan Kotak Makanan Hari Ini!

Maybank

5622 6356 6380

Pertubuhan Raudhah Rizq

Reference: kotak-makanan


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kotak Keperluan Keluarga Asnaf RM30
Kotak Keperluan Keluarga Asnaf RM100
Kotak Ikhlas
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN