Tabung Kasih Sayang

Tabung sumbangan ini diwujudkan untuk memberi bantuan kebajikan kepada golongan-golongan yang tidak berkemampuan dalam meneruskan kehidupan. Pertubuhan Raudhah Rizq terpanggil untuk menjalankan tabung ini kerana mendapati ramai keluarga terutamanya di kawasan pedalaman Sabah yang tidak berkemampuan. Ia bukan kerana mereka tidak mempunyai kerja atau usaha untuk mencari rezeki tetapi kos sara hidup yang tinggi pada era ini membuatkan kehidupan mereka semakin tersepit. Namun tabung ini tidaklah berfokus di Sabah sahaja, tabung ini juga akan disalurkan dimana-mana projek yang dirasa perlu mengikut situasi ketika itu.
Sumbangan untuk peniaga kecil bagi meneruskan perniagaannya
Memberi sumbangan makanan di Kawasan kampung pedalaman Sabah
Antara bentuk bantuan yang bakal diberi adalah memberi makanan kepada golongan miskin, memberi modal kepada peniaga kecil, baikpulih masjid dan bantuan-bantuan yang lain. Jadi kami dengan rasa rendah hati, mengajak semua masyarakat membantu mereka yang tidak berkemampuan. Sumbangan tuan dan puan sangat membantu walaupun nilainya tidak besar. Dengan sumbangan yang diberikan ia dapat memberi sinar kebahagiaan kepada mereka dalam meneruskan kehidupan.
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah al-Baqarah: 261)
Maybank :
5622 6356 6380 ( Pertubuhan Raudhah Rizq)
Reference : TKS
DISCLAIMER