
KEMPEN KASIH RAMADAN 2025
Ramadan adalah bulan kasihnya ALLAH kepada Hamba-NYA, dimana mengampunkan segala dosa-dosa silam Hamba-NYA, malah melipatgandakan pahala bagi mereka yang mengejarnya.
Kempen KASIH RAMADAN ini merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Pertubuhan Raudhah Rizq bagi melestarikan program berasaskan pendidikan serta kebajikan bagi setiap generasi di Malaysia yang tidak berkemampuan. Setiap sumbangan anda akan disalurkan pada 3 kategori iaitu Bantuan Kelas Pendidikan al-Quran, Tajaan Iftar, dan Baju Raya Keluarga Asnaf.
"Setiap apa yang kamu makan akhirnya akan menjadi najis, setiap apa yang kamu pakai akhirnya akan menjadi buruk/hancur/musnah/dan lain-lain. Tapi setiap apa yang kamu infaq, sedekah, sumbangkan, berikan, atau hadiahkan. Itulah yang menjadi bekalan diakhirat kamu kelak. Itulah juga janji ALLAH kepada Hamba-NYA untuk kita semua berebut-rebut bagi memperolehinya"
(Ustaz Azhar Idrus)
PINTU SYURGA DIBULAN RAMADAN
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Ja'far daripada Abu Suhail daripada bapanya daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Apabila bulan Ramadan datang, maka pintu-pintu syurga dibuka".
(Gambar 1 : Kelas Pengajian A-Quran Warga Emas)
(Gambar 2 : Agihan Baju Raya di Pusat Jagaan Warga Emas)
(Gambar 3 : Agihan Iftar dan Bakul Ramadan untuk keluarga Asnaf )
Firman Allah SWT sepertimana mafhumnya:
"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. Al-Munafiqun: 10)
Insya Allah dengan sumbangan Tuan-tuan dan Puan-puan...
• DOA mereka yang tulus dan ikhlas agar tuan-tuan dan puan-puan sentiasa dimurahkan rezeki.
• ILMU yang mereka perolehi akan terus memberi manfaat tidak hanya untuk diri mereka sendiri tetapi juga untuk masyarakat sekitar.
• AMALAN kebaikan mereka adalah pahala yang akan terus mengalir kepada tuan-tuan dan puan-puan.
Untuk Sumbangan Secara Terus Boleh Bank Transfer / CD - Online Transfer/CDM Melalui Akaun Di Bawah :
Bank : Maybank
Nama : Pertubuhan Raudhah Rizq
No Akaun : 5622 6356 6380
Letakkan Reference/Remark : "Infaq Kasih Ramadan" untuk mudah kami semak transaksi sumbangan
________________________________________
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.”
(HR at-Tirmizi)
Allahumma Ameen!