
Pertubuhan Raudhah Rizq membuka peluang kepada
seluruh umat Islam untuk merebut ganjaran berganda ini dalam program infaq
tajaan berbuka puasa.
Ramadhan
semakin hampir menemui kita. Bulan yang penuh dengan rahmat dan ibadah serta
memberi peluang kepada kita untuk melakukan amal ibadah khususnya dengan
bersedekah dengan tajaan berbuka puasa. Daripada Zaid bin Khalid,
bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya:
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, Al-Tarmizi dan Al-Baihaqi)
Sempena ketibaan Ramadhan yang mulia ini, Pertubuhan Raudhah Rizq membuka peluang kepada seluruh umat Islam untuk merebut ganjaran berganda ini dalam program infaq tajaan berbuka puasa. Infaq tajaan ini akan diberikan kepada rumah-rumah kebajikan, asnaf, tahfiz, serta masjid-masjid di pedalaman sabah dalam anggaran 100 pek sehari dan akan berlangsung selama 30 hari sepanjang Ramadhan ini.
Ayuh bersama-sama Pertubuhan Raudhah Rizq merebut fadhilat bulan Ramadhan yang mulia ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini. Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.
Jom #BuatBaik!
Maybank :
5622 6356 6380 ( Pertubuhan Raudhah Rizq)
Reference : iftar