Infaq Tajaan Iftar

Pertubuhan Raudhah Rizq membuka peluang kepada seluruh umat Islam untuk merebut ganjaran berganda ini dalam program infaq tajaan berbuka puasa.

 

Ramadhan semakin hampir menemui kita. Bulan yang penuh dengan rahmat dan ibadah serta memberi peluang kepada kita untuk melakukan amal ibadah khususnya dengan bersedekah dengan tajaan berbuka puasa. Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya:



“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, Al-Tarmizi dan Al-Baihaqi)



 

Sempena ketibaan Ramadhan yang mulia ini, Pertubuhan Raudhah Rizq membuka peluang kepada seluruh umat Islam untuk merebut ganjaran berganda ini dalam program infaq tajaan berbuka puasa. Infaq tajaan ini akan diberikan kepada rumah-rumah kebajikan, asnaf, tahfiz, serta masjid-masjid di pedalaman sabah dalam anggaran 100 pek sehari dan akan berlangsung selama 30 hari sepanjang Ramadhan ini.



Ayuh bersama-sama Pertubuhan Raudhah Rizq merebut fadhilat bulan Ramadhan yang mulia ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini. Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.


Jom #BuatBaik!


Maybank :
5622 6356 6380 ( Pertubuhan Raudhah Rizq)
Reference : iftar


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Iftar RM10
Iftar RM500
Iftar RM1000
Iftar Ikhlas
Kotak Keperluan Keluarga Asnaf RM30
Kotak Keperluan Keluarga Asnaf RM100
Kotak Ikhlas
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN