Masjid Haji Osman yang sudah lama dibina tiada lagi kerja baik pulih dilakukan kerana masalah kewangan. Pelbagai kerosakan yang harus dibaik pulih dengan segera seperti bumbung masjid yang usang di makan anai-anai, tandas dan ruangan solat supaya Jemaah masjid dapat beribadat dalam keadaan yang selesa.
Sedih apabila lihat masjid tanpa penyelenggaraan. Hanya disebabkan kekangan kewangan, pelbagai fasiliti lagi tidak di baik pulih. Contohnya tandas, bumbung, dewan serta carpet di dewan solat.
Hadits Riwayat Muslim :
"Sesiapa yang membina Masjid kerana Allah, Allah akan membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya."
Jom sama-sama bantu mencantikkan dan mengindahkan kembali Masjid Haji Osman, Kota Belud Sabah. Insya Allah bekalan ini yang akan kita bawa di akhirat kelak.
MASJID SEMAKIN USANG DISERANG ANAI-ANAI !!
Gambar menunjukkan kerosakan yang berlaku di sekitar struktur masjid
MASJID INI PERLU DIBANTU SEGERA
Tandasnya tiada privasi untuk para jemaah wanita. Tandas yang berhadapan dengan tempat mengambil wudhu.
Bukankah tempat wudhu itu harus bersih? Fikirkan mahukah kita biarkan keadaan seperti itu terus berlaku.
Ruang dewan yang sudah hancur tidak dapat digunakan untuk sebarang program ilmiah masjid. Ruang dewan yang terlalu uzur perlu dibaiki supaya lebih ramai penduduk kampung boleh gunakannya.
.jpg)
PEMBINAAN FASA 1 BAIK PULIH BUMBUNG
Kerana jasa baik para dermawan semua, pembinaan fasa 1 dapat dilakukan.
Tanpa adanya sikap dermawan dari anda semua, penduduk kampung ini mungkin
sekarang ini tidak dapat menunaikan solat terawih secara berjemaah
kerana musim hujan yang sedang berlaku.
![]()

PEMBINAAN FASA 2 BAIK PULIH DALAM MASJID
Struktur dalaman masjid yang memang perlu dibaik pulih segera.
Tidak mungkin kita yang datang solat berjemaah di masjid yang serba lengkap ini akan membiarkan saudara islam kita sendiri datang menunaikan solat di masjid yang uzur ini.
Jadi dikesempatan ini kami mengajak anda semua untuk berkongsi sedikit rezeki yang anda ada. InsyaAllah, dengan sumbangan anda semua mengalir pahala yang berterusan selagi mana masjid ini masih digunakan untuk beribadah.