Korban 1443H 2022M

Jom Korban adalah projek ibadah Korban yang kami jalankan di perkampungan Kota Belud, Sabah dengan kerjasama Pertubuhan Raudhah Rizq. Antara perkampungan yang terlibat adalah Kg Suang Punggur, Kg Suang Kina, Kg Song-song, Kg Meraja dan Kg Bueh Lusuh. Kami terdetik ingin membantu masyarakat miskin di sini selepas melihat kehidupan mereka yang miskin dan susah. Sumber pendapatan mereka mula terjejas selepas berlaku gegaran kuat di Gunung Kinabalu pada tahun 2015 menyebabkan sungai menjadi cetek. Kesannya memberi impak pada pertanian dan nelayan di kawasan setempat. Banyak petak-petak sawah di biarkan kerana saluran air untuk ke petak sawah turut terjejas kesan dari sungai yang menjadi cetek.






Alhamdulillah

Pada tahun 2020 kami berjaya memberi 2 ekor lembu untuk dikorbankan di kampung ini. Terima kasih semua yang menjalankan ibadah korban bersama kami. Walaupun dengan hanya 2 ekor, tetap dapat memberi senyuman buat keluarga disini. Sekiranya kita di bandar-bandar, hari raya aidiladha amat meriah tapi di kampung ini perayaannya tidak berapa disambut. Bukan sebab tidak mahu sambut tapi tak mampu membeli lembu untuk dikorbankan. Lembu mahal-mahal belaka.






Alhamdulillah Lagi Sekali

Pada tahun 2021 dengan fasa lockdown bagai, kita semua berjaya memberi 3 ekor lembu untuk dikorbankan di kampung ini. Terima kasih semua yang menjalankan ibadah korban bersama kami. Walaupun dengan hanya 3 ekor, tetap dapat memberi senyuman buat keluarga disini. Sekiranya kita di bandar-bandar, hari raya aidiladha amat meriah tapi di kampung ini perayaannya tidak berapa disambut. Bukan sebab tidak mahu sambut tapi tak mampu membeli lembu untuk dikorbankan. Lembu mahal-mahal belaka.


Jadi kami menyeru semua pihak bersama kami dengan menyertai Jom Korban di Sabah. Kami berharap masyarakat di Perkampungan Kota Belud ini dapat menikmati dan menghayati Ibadah Korban tahun ini dengan sempurna. Setiap penyertaan amat besar nilainya buat mereka.|


Muliakanlah Korban Kamu Kerana Ia Menjadi
Tunggangan Kamu Di Titian Pada Hari Qiamat

Sabda Nabi Muhammad S.A.W

Begitulah betapa besarnya pahala korban. Ianya bukanlah sekadar ibadah haiwan sembelihan
sebaliknya ibadah korban ini terus dapat pertingkatkan ketakwaan kita kepada-NYA.




“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)




SUMBANGAN DIPERLUKAN :

Jika tuan/puan tidak berkemampuan untuk mengambil bahagian lembu korban pada tahun ini, tuan/puan tetap dapat membantu mereka dengan sedekah korban. InsyaAllah dengan sumbangan tuan/puan yang kami kumpul akan kami satukan untuk membeli lembu korban buat penduduk kampung disini.


Di bawah ini maklumat harga korban di sabah.

SEEKOR LEMBU : RM 4,830

1 BAHAGIAN LEMBU : RM 690

Bagi yang berkemampuan untuk mengambil 1 bahagian atau 1 ekor lembu, boleh klik disini


Kami akan follow up tuan/puan setiap bulan untuk peringatan ansuran pembayaran. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
Ansuran Korban Tahun 2022
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

1) Ahmad Hafiz bin Tarmizi 2) Nur Atikah bin Omar

BUTIRAN SUMBANGAN