
#DanaMadrasah
Kempen ini dibuat khusus bagi membantu membaik pulih Sekolah Agama Rakyat di Kg Suang Punggur, Kota Belud, Sabah. Sedih, sayu, sebak dan pilu apabila kami diberitahu keadaan Sekolah Agama Rakyat di kampung ini sudah lebih 10 tahun tidak pernah dibaik pulih.
Kami agak terkesan selepas melihat keadaan sekolah ini kerana tidak ada sebarang tindakan dilakukan. Oleh itu, kami dari Raudhah Rizq rasa terpanggil untuk membuat kutipan dana bagi membantu baik pulih madrasah ini. Semoga dengan sedikit bantuan yang kita hulurkan mampu memberi senyuman dan manfaat buat mereka. Insya Allah selagi mana ia digunakan selagi itulah pahala tuan-tuan dan puan-puan mengalir.
Gambar Madrasah Khairiah Kg. Suang Punggur, Kota Belud, Sabah
Apabila kita lihat dari jauh keadaan sekolah ni cantik sahaja. Namun ia sangat berbeza setelah kita masuk dan lihat sendiri keadaan sebenarnya.
PELBAGAI KEMUDAHAN SEKOLAH TIDAK DAPAT DIGUNAKAN LAGI
#DanaMadrasah
menyasarkan kutipan sebanyak RM78,000 bagi merealisasikan bantuan baik pulih Madarasah Khairiah Kg Suang Punggur ini. Kutipan tersebut termasuklah kos membaik pulih dan kos operasi yang dijalankan.
Pertubuhan Raudhah Rizq mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan semua. Kadang-kadang mereka ini tidak menzahirkan kedukaan atau kesusahan yang dihadapi oleh mereka. Namun atas sifat kemanusiaan yang kita miliki, mereka juga berhak mendapat tempat yang lebih selesa untuk belajar ilmu Agama.
Ayuh bersama kami dalam membantu projek pengumpulan dana bagi Madrasah Khairiah Kg. Suang Punggor Kota Belud, Sabah.
Dapatkan disini sekarang : BELI DISINI